PELAKON Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan kemelut rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata dia tidak dapat menahan air mata apabila membaca laporan berita mengenai kes penceraian pasangan itu di media sosial sejak awal pagi Rabu.
Malah, Abby meletakkan harapan agar hubungan Fattah dan Fazura tidak berakhir dengan penceraian.
Abby sedih melihat kemelut rumah tangga yang menimpa Fattah dan Fazura.