PELAKON Mimi Lana berkongsi khabar duka kehilangan abang kandungnya yang meninggal dunia pada Ahad.
Secara ringkas, Mimi, 31, memberitahu abangnya Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
“Allah Maha Besar. Allah maha mengetahui segala-galanya. Abang kandung saya Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi pukul 12.30 tengah hari.

Mimi kongsi berita tersebut di Threads miliknya.





