PELAKON Datuk Aaron Aziz menyifatkan perjalanan menunaikan umrah bersama penyanyi rap, Sheikh Haikel antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata perjalanan tersebut menjadi lebih istimewa selepas Haikel berkongsi impiannya untuk menunaikan umrah ketika mereka mengetahui mengenai keadaan kesihatan yang dihadapinya.
"Apabila kamu beritahu saya yang kamu menghidap kanser, kamu kata ada satu impian. Impian kamu adalah untuk menunaikan umrah.







