PELAKON Datuk Aaron Aziz mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan suara dan fotonya menerusi dengan terknologi kecerdasan buatan (AI) bagi satu sindiket penipuan.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, berkata, dia juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sedang menunggu maklum balas untuk tindakan selanjutnya.
Kata Aaron, kes ini memerlukan masa agak panjang untuk diselesaikan kerana terdapat beberapa prosedur rumit yang harus dijalankan termasuk mengesan identiti pelaku.







