PELAKON Datuk Aaron Aziz dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam buli siber dan penyebaran fitnah ke atas dirinya dan keluarga.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Datin Diyana Halik yang meluahkan rasa tertekan dan sedih dengan situasi berlaku, terutama apabila ia turut memberi kesan mendalam buat suami serta anak-anak mereka.
“Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kami. Ya Allah lindungilah keluarga kami daripada fitnah dajjal, fitnah hidup dan mati.







