MASIH aktif menerima tawaran lakonan walaupun sudah mencecah usia 85 tahun, pelakon veteran A Galak bakal muncul dalam filem terbaharu Sumpah Keramat Mat Kilau yang dijadualkan menemui penonton 3 Disember depan.
A Galak atau nama sebenarnya Zakariah Ahmad berkata, dia berasa gembira apabila masih ada pihak yang mempercayai kemampuannya untuk terus berlakon meskipun sudah berada pada usia emas.
“Bukan hero, dalam filem itu saya bawa watak Mat Kilau yang sudah berusia. Bahagian Mat Kilau masih muda itu dilakonkan oleh pelakon lain.

A Galak masih lagi aktif berlakon.







