SELEPAS tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Tash Yong teruja berkongsi pengalaman manis saat menguruskan anak sulungnya itu.
Kata Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, kehidupannya kini berubah sepenuhnya dan mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Namun aktres ini bersyukur kerana suaminya iaitu Boss Kay atau Azlee Abd Aziz banyak membantu dalam menguruskan hal anak.







