HAMPIR tiga dekad tidak melakukan persembahan berskala besar, kumpulan 4U2C akhirnya memberanikan diri mengadakan konsert sulung yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September depan.
Menurut anggota kumpulan itu yang juga pengacara, Datuk AC Mizal dia pada awalnya menolak untuk mengadakan konsert berkenaan namun bersetuju selepas dipujuk anak perempuan.
"Sebenarnya saya sudah tolak tawaran untuk mengadakan konsert ini tapi bila anak perempuan saya minta saya cuba, jadi saya sahut cabaran itu.

AC (tengah) yakin konsert 4U2C bakal gamit memori.






