PELAKON Mutalib Mubin berkongsi pengalaman ditahan pihak berkuasa di Tanah Suci Makkah pada 19 September lalu gara-gara memakai baju bertulis ‘Save Palestine’ yang memaparkan karikatur dikaitkan dengan kumpulan Hamas.
Menurut Mutalib, 34, ketika kejadian, dia berada dalam keadaan baju tersebut tertutup dengan kain ihram, namun ia tetap mencetuskan perhatian pihak keselamatan.

Mutalib ditahan kerana memakai baju bertulis ‘Save Palestine’.
“Saya telah ditahan di Tanah Suci pada 19 September kerana memakai baju ‘Save Palestine’ yang mempunyai karikatur berkaitan Hamas, dan saya menutupinya dengan kain ihram.






