REZEKI tak putus sejak kes pergolakan rumah tangga mendapat perhatian ramai, pelakon Kamal Adli memberitahu 2025 adalah tahun yang mencabar buat dirinya.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, bagaimanapun mengakui setiap rezeki yang datang sedikit sebanyak mengubati luka di hati.
"Ramai ingat tahun ini dan tahun depan adalah tahun menyinar saya. Tapi jujurnya,tidak. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang.

Rezeki melimpah ruah mengubati rasa kosong di hati Kamal.






