LEBIH daripada 20 selebriti popular tanah air bakal memeriahkan Gema Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula 5 hingga 7 April 2024.
Menariknya, ekspo raya anjuran Nadi Republic Event ini turut disertai lebih 200 vendor dan akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.
Antara barisan selebriti yang akan terlibat dalam ekspo itu termasuklah Ako Mustapha, Beego, Linda Hashim, Norish Karman, Azan Scan dan Salman JKK yang bakal tampil dengan pelbagai produk.





