PELAKON Trisha Ooi mendedahkan dia mengambil masa selama dua minggu untuk kembali kepada identiti asalnya selepas tamat penggambaran filem seram terbaharu, Nar’sata: Sekutu Setan.
Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, berkata karakter Balqis yang dijayakannya dalam naskhah tersebut meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam sehingga sukar untuk dia melepaskan watak berkenaan sebaik sahaja tamat penggambaran.
“Kecederaan tak ada tapi nak hilangkan watak Balqis selepas habis penggambaran filem itu mengambil masa lebih kurang dalam dua minggu. Dua minggu baru Trisha kembali kepada diri saya.

Trisha berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






