TIKTOK sudah menjadi salah satu platform media sosial paling popular yang bukan sahaja menghiburkan namun sebagai medan pelbagai perkongsian informasi dalam kalangan pelayarnya.
Di sini juga, munculnya ramai pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial dalam pelbagai lapangan dengan jutaan pengikut.
Sejak platform digital ini ditubuhkan, TikTok menjadi antara pilihan media sosial untuk memupuk semangat ekspresi kreatif dengan mencorakkan sebuah komuniti menerusi perkongsian video
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Kebangkitan itu juga diserikan dengan penganjuran buat pertama kali 2023 TikTok Awards Malaysia bagi memberi penghargaan kepada content creator di negara ini.
Sepuluh pencalonan akhir bagi tujuh kategori Pilihan Juri diumumkan pada malam Selesa menerusi kisah inspirasi yang dimuat naik di TikTok dengan tanda pagar #RoadtoTikTokAwardsMY sebelum ini.
Amelia, Izzue dan Sherry merupakan hos TikTok Awards MY 2023.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Best of Beauty & Fashion yang turut mencalonkan @nelysa_norazlan, @miaazhar dan @eimasafuan manakala Best of Education mencalonkan @dr.samhan, @irfan.khairi dan @sir_asai.
Best of Entertainment @moseswck, @adamizzy, @sonicwebs, Best of Foodie @akiejack, @syifajamill, @shahrilwokay, Best of Gaming @sultan_riq, @mandayat, @faroukjer dan @hanifloid.
Bagi kategori Best of Sports pula memperlihatkan @kkhalishh dan @fitpie365 terpilih dalam 10 calon terbaik.
Calon-calon ini dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof, penyanyi Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.
Menurut Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia iaitu Yin Yin Hooi, mereka teruja untuk membawakan anugerah ini bagi meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang ditonjolkan oleh pencipta kandungan digital.
ARTIKEL BERKAITAN: Rebut tiket penerbangan ke Australia, Korea Selatan dan menangi 50,000 AirAsia point dalam Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta!
ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali gagal kerana depresi dan tekanan, influncer ini lupakan hasrat jadi doktor… Tak kedekut kongsi ilmu perubatan di TikTok
Membawa tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’, Yin Hooi percaya anugerah ini bakal menjadi batu loncatan buat pencipta kandungan digital untuk mendapat pendedahan lebih meluas.
“Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada masyarakat di Malaysia untuk meraikan kejayaan warga pencipta kita yang menjadi tulang belakang platform ini.
“Tema ‘Yang gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta menggandakan dan mempersembahkan kejaayan mereka di pentas besar,†katanya.
TikTok Awards MY 2023 bakal bersiaran 27 Ogos ini.
Dalam pada itu, TikTok Awards MY 2023 turut menampilkan tujuh kategori bagi People’s Choice (pilihan peminat) termasuk Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Antara nama pencipta kandungan yang mencuri tumpuan dalam TikTok Awards MY 2023 sudah tentunya Khairul Aming, Softyank, Ceddy Ang, Boss James dan Auntie Purple.
Penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri dan Alyph.
Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann.
Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Peminat boleh membuat undian bermula dari 15 Ogos pada pukul 10 malam hingga 26 Ogos 2023, pukul 11.59 malam di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.
Malam kemuncak TikTok Awards MY 2023 boleh ditonton secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada 27 Ogos ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!