PENGANJUR One Love Music 2024 iaitu Tuff KL membuat pengumuman pembatalan festival berkenaan yang sepatutnya berlangsung di Maeps, Serdang, Selangor pada Sabtu ini.
Menurut pengasas Tuff KL iaitu Muhammad Zul Aqil, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.
Memohon maaf atas kesulitan yang timbul, Zul memaklumkan pembeli tiket boleh menuntut semula pemulangan wang.

Masdo dan Bunkface antara artis yang sepatutnya buat persembahan di One Love Music 2024.





