PENERBIT dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto yang seakan-akan memberi isyarat dia kembali aktif di belakang tabir sebagai pengarah.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali berkongsi momen berada di lokasi penggambaran bagi sebuah projek kolaborasi Malaysia dan Indonesia menerusi Instagram miliknya.
“Lama tak rasa macam ini (begini),” tulis Erma, 58, di samping beberapa foto yang menyaksikan pelakon ‘A-list’ terlibat dalam projek terbabit termasuklah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Antara barisan pelakon bagi projek hasil sentuhan Erma.





