SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, begitulah lumrah kehidupan rumah tangga yang turut dilalui usahawan selebriti Cheta Pot Pet bersama suaminya, Aaron Lee sepanjang 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, berkata dia dan suami tidak terkecuali daripada pelbagai ujian sepanjang perkahwinan, malah pernah hampir membawa haluan masing-masing.
Menurut Cheta, setiap pasangan perlu bijak mengawal emosi ketika berlaku perselisihan faham bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Cheta dan suami terharu dengan kehadiran tetamu yang hadir.







