Hiburan

Belum reda isu boikot, syarikat Raffi Ahmad pula didakwa terima kontrak kerajaan RM3.3 juta

BELUM reda kontroversi boikot terhadap pengacara terkenal Indonesia Raffi Ahmad, syarikat miliknya pula menjadi perhatian selepas didedahkan memperoleh kontrak perkhidmatan daripada dua kementerian kerajaan bernilai kira-kira RM3.3 juta.

Perkara itu dibangkitkan oleh badan pemantau rasuah Indonesia Corruption Watch (ICW) yang mempersoalkan kewajaran penggunaan dana kerajaan bagi mendapatkan khidmat pempengaruh menerusi syarikat PT Rans Animasi Indonesia milik Raffi.

Menurut ICW, berdasarkan rekod perolehan kerajaan, sebanyak lapan pakej kontrak diberikan kepada syarikat berkenaan antara tahun 2024 hingga 2026 membabitkan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi serta Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Kontrak tersebut bermula pada 2024 hingga 2026.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh