USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida tampil mempertahankan diri dan menjelaskan perkara sebenar mengenai isu tuntutan hutang oleh sebuah syarikat kontraktor sebelum ini.
Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, dia sudah pun membayar sebanyak RM3.5 juta kepada syarikat berkenaan bagi projek renovasi sebuah kilang menjadi studio.
Vida bagaimanapun mendakwa hasratnya untuk melihat studio itu siap dalam jangka masa tiga bulan tidak tercapai apabila pihak terbabit menghilangkan diri.

Rumah Vida didatangi pihak berkuasa pada 25 November lalu.






