ARTIKEL

YBAE SURIA TURUN PADANG: SURIA FM X SUNWAY THEME PARKS SANTUNI KOMUNITI MERU

Meru, 28 Februari 2026 (Sabtu) – Program YBae Suria Turun Padang: Suria x Sunway Theme Parks telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan bertempat di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang. Program ini menghimpunkan warga kerja Suria, pihak Sunway Theme Parks serta komuniti setempat dalam suasana Ramadan yang penuh bermakna.

Antara pengisian utama program ialah sesi rewang penyediaan bubur lambuk diketuai oleh  Chef Mohamad Syamir Azwan , Head Chef Sunway Lagoon dan juga penyediaan juadah berbuka puasa. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai barisan penyampai Suria FM iaitu Fad, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai dan Irsyad bersama Ustaz Amin serta pasukan Sunway Theme Parks. Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penyampai dan masyarakat, malah menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada pihak masjid yang telah disempurnakan oleh En. Borhanuddin Abdullah, Manager Content Suria dan  En. Nurul Nuzairi Mohd Azahari, Senior General Manager Operations Sunway Theme Parks. Turut hadir memeriahkan acara ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Meru, Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid yang bersama-sama menyantuni komuniti dan memeriahkan acara. Selain sumbangan kepada masjid, duit raya turut diagihkan kepada anak-anak yatim kariah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan berterusan.

Program diteruskan dengan agihan bubur lambuk kepada orang ramai yang hadir, diikuti dengan majlis iftar Ramadan dan solat Maghrib secara berjemaah. Kehadiran penduduk setempat yang memberangsangkan jelas menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif yang dianjurkan.

Secara keseluruhannya, program YBae Suria Turun Padang: Suria x Sunway Theme Parks berjaya mencapai objektifnya dalam mendekati komuniti serta menyantuni masyarakat sekitar. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Suria dan Sunway Theme Parks dalam menyumbang kembali kepada komuniti, selari dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kebersamaan, keprihatinan dan keberkatan.

 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: @suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon Malaysia, layari sunwaylagoon.com atau ikuti media sosial:

Instagram: @sunwaylagoonmalaysia | Facebook: @Sunway Lagoon Studios | TikTok: @sunwaylagoonstudios