ARTIKEL

TOURISM MALAYSIA DAN STAR MEDIA GROUP MEMBUKA TIRAI STAR KARNIVAL CUTI-CUTI MALAYSIA 2026

Dari kiri: Datin Paduka Esther Ng, Ketua Pegawai Kandungan, Star Media Group (SMG); Tuan Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Kanan, Tourism Malaysia; En Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SMG; Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Tuan Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah, Tourism Malaysia; dan Cik Lydia Wang, Ketua Pegawai Operasi, SMG.

Edisi kedua karnival pelancongan nasional ini merangkumi enam negeri bagi menggalakkan perjalanan dalam negara serta menyokong kempen Visit Malaysia 2026.

PETALING JAYA – Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group Berhad (SMG), hari ini melancarkan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026, sebuah inisiatif pelancongan nasional yang bertujuan menggalakkan rakyat meneroka destinasi tempatan, memperkukuh penglibatan pemain industri, serta mengetengahkan kepelbagaian produk dan pengalaman yang ditawarkan Malaysia selaras dengan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Majlis pelancaran yang diadakan di Menara Star ini telah menghimpunkan para pemegang taruh pelancongan, pemain industri, dan wakil media, sekali gus mencerminkan kepentingan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam memacu pertumbuhan pelancongan, meningkatkan kesedaran destinasi, serta merangsang permintaan perjalanan yang lebih tinggi di seluruh negara.

Membawa tema “Discover, Experience, Explore“, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 akan menjelajah ke enam negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, dan Sarawak, serta dijangka mampu menarik lebih daripada 200,000 pengunjung dari seluruh negara. Karnival ini berfungsi sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia meneroka kepelbagaian pengalaman pelancongan tanah air, di samping menyediakan peluang kepada pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan pengguna serta mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Pengunjung boleh menantikan pameran destinasi, promosi eksklusif, pakej percutian, dan pengalaman interaktif, serta peluang untuk berurusan secara langsung dengan pengendali lawatan dan pemain industri. Menghimpunkan organisasi tourisme negeri, hotel, pusat peranginan, pusat tarikan, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, pengendali aktiviti lasak, jenama peralatan kembara, serta perniagaan berkaitan hospitaliti dan rekreasi di bawah satu bumbung, karnival ini menawarkan platform yang komprehensif untuk meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan perjalanan dalam negara. Hentian yang memudahkan perancangan percutian dan pembelian pakej lawatan.

Inisiatif ini turut menyokong usaha merangsang perbelanjaan pelancongan domestik, meningkatkan penglibatan pengguna, dan memperkukuh kesediaan industri menjelang Visit Malaysia 2026. Bagi menyokong inisiatif “Destinasi Indah, Harga Rahmah”, para pengunjung juga bakal menikmati akses kepada tawaran perjalanan yang menarik serta pakej percutian berbaloi yang menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi di seluruh negara.

Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, menyatakan bahawa sektor pelancongan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan pemangkin kepada pembangunan komuniti. Selain menjana peluang ekonomi, sektor ini juga memperkukuh hubungan antara pelancong dengan komuniti tempatan, di samping menyokong kelangsungan perniagaan, usahawan, dan pengendali pelancongan di seluruh negara.

“Setiap perjalanan mewujudkan peluang kepada pengusaha inap desa (homestay), pemandu pelancong, pengoperator pengangkutan, pemandu e-hailing, peniaga makanan, usahawan kraf tangan, dan pelbagai perniagaan kecil yang menjadi tunjang kepada sektor pelancongan kita. Dalam hal ini, Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 memainkan peranan penting dalam menyokong objektif VM2026. Sebagai sebahagian daripada kalendar acara dan aktiviti promosi sepanjang tahun, karnival ini menyediakan platform yang berharga bagi pemegang taruh pelancongan untuk berinteraksi secara langsung dengan pengguna, mempromosikan tawaran perjalanan, dan menyemarakkan lagi penerokaan destinasi di seluruh Malaysia.”

Beliau menambah, “Memandangkan VM2026 terus momentumnya, setiap perkongsian, program, dan inisiatif pelancongan menyumbang ke arah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan, di samping menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbangga dan meneroka keindahan serta khazanah yang ada di dalam negara kita sendiri.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media, Encik Chan Seng Fatt, berkata, “Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 direka untuk merapatkan hubungan antara pelancong dan perniagaan pelancongan melalui platform interaktif yang menjadikan penerokaan destinasi dan perancangan percutian lebih mudah diakses dan menyenangkan. Melalui inisiatif ini, kami menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada penyertaan pelancongan yang lebih meluas sekali gus menyokong pertumbuhan industri tourisme Malaysia. Sebagai sebuah organisasi media tempatan, Star Media Group bangga dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menyokong objektif Visit Malaysia 2026. Memanfaatkan rangkaian dan platform media kami yang luas, kami berharap dapat mempromosikan destinasi unik Malaysia dan menggalakkan lebih ramai orang untuk merasai kepelbagaian tawaran pelancongan negara.”

Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan akan menampilkan pakej eksklusif, promosi penginapan, tawaran pusat tarikan, pengalaman destinasi, hadiah percutian, peluang perancangan perjalanan, serta pelbagai aktiviti pelancongan interaktif yang direka khas untuk memberi inspirasi bagi pengembaraan percutian pengunjung yang seterusnya.

Siri Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 di enam negeri akan berlangsung mengikut jadual berikut:

1. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Pahang

Tarikh: 3 – 5 Julai 2026

Tempat: East Coast Mall, Kuantan

2. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Johor

Tarikh: 31 Julai – 2 Ogos 2026

Tempat: Paradigm Mall, Johor Bahru

3. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Sabah

Tarikh: 14 – 16 Ogos 2026

Tempat: Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

4. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Pulau Pinang

Tarikh: 24 – 27 September 2026

Tempat: Sunway Carnival Mall, Penang

5. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Selangor

Tarikh: 23 – 25 Oktober 2026

Tempat: Sunway Pyramid (Orange Zone), Selangor

6. Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia Sarawak

Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026

Tempat: Plaza Merdeka, Kuching

Ketika Malaysia bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pelancong di bawah Visit Malaysia 2026, inisiatif seperti Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 akan terus memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan perjalanan, memperkukuh kerjasama industri, dan mempromosikan pelbagai pengalaman unik yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan pilihan.

-TAMAT-

Mengenai Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Tourism Malaysia, ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Ia memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan dan sejak penubuhannya, telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran serta daya saing negara dalam landskap pelancongan global.

Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) menekankan komitmen Malaysia terhadap pembangunan pelancongan mampan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Kempen ini bertujuan untuk mempamerkan kepelbagaian tarikan semula jadi negara, warisan budaya yang kaya, dan tawaran pelancongan yang dinamik, di samping memacu pertumbuhan inklusif serta nilai jangka panjang untuk komuniti tempatan dan pemegang taruh industri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Tourism Malaysia di www.tourism.gov.my dan akaun media sosial rasmi di Facebook, Instagram, X, YouTube, dan TikTok.

Mengenai Star Media Group

Star Media Group Berhad ialah sebuah organisasi berasaskan di Malaysia yang pakar dalam penyediaan kandungan berita, gaya hidup, hiburan, dan pendidikan. Sebagai peneraju jenama utamanya, The Star, ia telah menjadi sumber berita berbahasa Inggeris yang dipercayai sejak tahun 1971. Hari ini, Kumpulan ini telah berkembang menjadi sebuah syarikat gergasi media pelbagai saluran dengan kehadiran kukuh dalam media cetak, digital, radio, serta pengurusan acara dan pameran, dan kekal teguh dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi serta penyelesaian media bersepadu. Layari www.starmediagroup.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Tourism Malaysia

● Nadia Hanim Muhamad @ Mansor

Timbalan Pengarah, Bahagian Domestik & Acara

Tel: +603 8891 8494

Emel: nadiahanim@tourism.gov.my

● Norshariza Mohd Saad

Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat

Tel: +603 8891 8775

Emel: norshariza@tourism.gov.my

 

Star Media Group

● Michelle Carmeleen

Pengurus, Komunikasi Korporat dan Impak Sosial

Tel: +6012 448 5944

Emel: michelle.gnanapragrasam@thestar.com.my

● Xavier Kong

Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat dan Impak Sosial

Tel: +60 16-711 9839

Emel: xavier.kong@thestar.com.my