ARTIKEL

Suria FM Terjah Pejabat Menerusi Program ‘Ngopisuria’

Suria FM kembali turun padang temui para pendengar menerusi program NgopiSuria, sebuah inisiatif bertujuan untuk menghargai para pendengar sekaligus mempromosikan jenama Suria FM. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “Inisiatif NgopiSuria dirancang dengan tujuan utama untuk memberikan penghargaan kepada para pendengar Suria, disamping mempromosikan jenama Suria FM kepada mereka yang berpotensi untuk mengiklankan produk mereka di platform kami.    NgopiSuria yang telah bermula pada 10 Jun yang lalu, telah menerjah ke dua lokasi sekitar lembah klang dengan membawa kopi dan sarapan percuma buat pendengar. Mereka berpeluang beramah mesra serta menangi barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti Kutu Karoks, Super Seller Suria, Pentas Cik Piah dan Salam Cinta bersama barisan penyampai Suria FM seperti Dato’ Fizz Fairuz, Ajak, Suraya, Rara, Chiwan, Kai dan DJ Lin juga krew Suria Wheels, Afiq dan Awien,” ujarnya. 

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita ngopi bersama penyampai Suria dan Suria Wheels di pejabat anda! Daftarkan maklumat perniagaan anda di laman web Suria atau WhatsApp kami di 012-319 1053, dan kami akan belanja ngopi di ofis anda sambil berbincang mengenai peluang kerjasama menarik di Suria.

Jom kita Ngopi bersama Team Suria! NgopiSuria, Suria Support Lokal!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

0%