ARTIKEL

Suria FM Lancar Lagu ‘Ilusi Fatamorgana’ Sempena Ramadan

Buat julung kalinya Suria FM bersama label muzik Nova menghasilkan sebuah lagu khas sempena Ramadan berjudul ‘Ilusi Fatamorgana’ nyanyian penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya.

“Lagu Ilusi Fatamorgana menyampaikan mesej mengenai insan yang sedang berusaha mencari kehidupan sebenar di sebalik kegelapan dan ia sangat sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat. Kami di Suria FM amat berharap pesanan yang disampaikan menerusi lagu berunsur kehidupan dan kemanusiaan ini diterima baik oleh semua pendengar khususnya seluruh umat Islam yang kini sedang menyambut Ramadan,” ujar Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin).

Jangan lupa saksikan video muzik rasmi Ilusi Fatamorgana pada 28 Mac 2023 (Selasa) menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria, suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

Ikuti Suria di frekuensi berikut:-

105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping |

96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan |

88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru

 

Lirik Ilusi Fatamorgana

Perjalanan hilang cahaya menuju ke titian

Mengharap sinar kembali bergemerlapan

Tercari-cari hala dan arah tujuan

 

Ini bukan ilusi, benar-benar depresi

Lara duka nestapa menggegar diri

Luka makin melebar tiada daya berlari

Jiwaku rasa ingin mati

 

Tertanya oh di mana ketenangan ku seru

Lelah tercari-cari tapi palsu keliru

Bagai fatamorgana hanya hilang menipu

Rupanya di sebalik sejadah berdebu

 

Berkisah di atasnya hanya pada yang satu

Menangis sepuasnya itu tidak mengapa

Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu

Bisikan makar jangan dibiar bertakhta

 

Oh Tuhan ku tak berdaya

Tanpa kasih sayang ku buta

Pimpin arah jalan cinta

 

Luka makin melebar tiada daya berlari

Jiwaku rasa ingin mati

 

Tertanya oh di mana ketenangan ku seru

Lelah tercari-cari tapi palsu keliru

Bagai fatamorgana hanya hilang menipu

Rupanya di sebalik sejadah berdebu

 

Berkisah di atasnya hanya pada yang satu

Menangis sepuasnya itu tidak mengapa

Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu

Bisikan makar jangan dibiar bertakhta

 

Luahkan rasa gundah hilangkan rasa pilu

Bisikan makar jangan dibiar bertakhta

0%