ARTIKEL

PARADIGM REIT MALLS MENDEFINISIKAN SEMULA SAMBUTAN RAYA MENERUSI “CERIA RAYA MESRA BUMI” — PENGALAMAN PERAYAAN LESTARI BERSKALA BESAR PERTAMA DI MALAYSIA DIHASILKAN DARIPADA KADBOD KITAR SEMULA
Dari kiri: En. Gary Hor [Penolong Pengurus Besar Paradigm REIT Malls], En. Dheeraj Raina [Naib Presiden Kanan, Pemasaran Wilayah dan Komunikasi Asia Tenggara, Mastercard], Puan Maizatul Liza Mukhtar [Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan], Cik Moon Tan [Pengarah Peruncitan Paradigm REIT Malls], Puan Roslinda Binti Abdul Majid [Pengurus Besar Suria FM], dan Cik Crystal Soon [Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru].

Melalui satu langkah berani yang mencabar pendekatan konvensional reka bentuk perayaan serta menetapkan penanda aras baharu kelestarian dalam industri peruncitan, Paradigm REIT Malls telah melancarkan kempen perayaan Raya 2026 bertemakan “Ceria Raya Mesra Bumi” di Paradigm Mall Petaling Jaya dan Paradigm Mall Johor Bahru pada 28 Februari 2026.

Kempen ini merupakan pemasangan dekorasi Raya berskala besar pertama di Malaysia yang dihasilkan terutamanya daripada kadbod kitar semula, sekali gus mentransformasikan bahan buangan harian menjadi mercu tanda perayaan yang imersif bagi meraikan semangat Aidilfitri. Lebih daripada sekadar pembaharuan visual bermusim, inisiatif ini mencerminkan peralihan strategik ke arah pembentukan ruang (placemaking) yang lestari, di mana kreativiti, ekspresi budaya dan tanggungjawab terhadap alam sekitar digabungkan secara harmoni.

Dalam keadaan dekorasi perayaan sering dikaitkan dengan pembaziran, penggunaan berlebihan dan hanya bersifat sementara, Paradigm REIT Malls membuktikan bahawa sambutan bermakna tidak semestinya mengorbankan kelestarian alam sekitar.

Bahasa Baharu Kepada Reka Bentuk Perayaan

Menerusi “Ceria Raya Mesra Bumi”, para pengunjung dapat menikmati instalasi Raya yang direka dengan teliti, menonjolkan nilai kehangatan kebersamaan, kemurahan hati dan pembaharuan — nilai-nilai yang sinonim dengan tradisi Aidilfitri — dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula dan kadbod kitar semula sebagai bahan utama pembinaan.

Dekorasi ini bukan sahaja bertujuan menceriakan pengalaman membeli-belah, malah mencetuskan kesedaran dan refleksi terhadap amalan penggunaan secara lestari. Selepas tempoh perayaan, bahan-bahan yang digunakan akan diurus dan dikitar semula secara bertanggungjawab, memperkukuh pendekatan kelestarian kitaran penuh (full-cycle sustainability).

Inisiatif ini selari dengan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Paradigm REIT Malls yang berterusan, sekaligus memposisikan pusat beli-belahnya sebagai platform pengaruh positif dalam membentuk tingkah laku komuniti bandar.

Kelestarian Disokong Kerjasama Strategik

Bagi memastikan kredibiliti dan impak yang boleh diukur, Paradigm REIT Malls bekerjasama dengan SWCorp Malaysia (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dalam menyokong aspek pendidikan kelestarian, amalan terbaik pengurusan sisa serta usaha kitar semula selepas kempen.

YBrs. Cik Moon Tan, Pengarah Peruncitan Paradigm REIT Management Sdn. Bhd., berkata: “Ceria Raya Mesra Bumi adalah pendekatan kami untuk memimpin melalui teladan. Kelestarian tidak seharusnya menjadi konsep abstrak atau mesej pemasaran semata-mata — ianya perlu dilihat, dirasai dan dilaksanakan pada skala yang signifikan. Sebagai pengendali pusat beli-belah, kami mempengaruhi jutaan titik sentuhan setiap tahun. Dengan membayangkan semula dekorasi perayaan menggunakan bahan kitar semula, kami berharap dapat mengilhamkan komuniti, penyewa dan rakan kerjasama untuk menilai semula bagaimana sambutan boleh diraikan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keceriaan.”

Beliau menambah, bahawa kempen ini mencerminkan kepercayaan jangka panjang Paradigm REIT Malls bahawa pusat beli-belah mampu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat pengguna yang lebih berhemah tanpa menjejaskan nilai emosi dan semangat perayaan.

 

Dari kiri: En. Gary Hor [Penolong Pengurus Besar Paradigm REIT Malls], En. Dheeraj Raina [Naib Presiden Kanan, Pemasaran Wilayah dan Komunikasi Asia Tenggara, Mastercard], Puan Maizatul Liza Mukhtar [Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan], Cik Moon Tan [Pengarah Peruncitan Paradigm REIT Malls], Puan Roslinda Binti Abdul Majid [Pengurus Besar Suria FM], dan Cik Crystal Soon [Pengurus Besar Paradigm Mall Johor Bahru].

Kerjasama Mastercard Memperkukuh Momentum Tahun Melawat Malaysia 2026

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Paradigm REIT Malls turut mengumumkan kerjasama strategik bersama Mastercard, penyedia pembayaran eksklusif bagi segmen beli-belah Tourism Malaysia. Mastercard secara rasminya dilantik sebagai penyedia pembayaran rasmi Paradigm Mall Johor Bahru mulai Raya 2026 hingga 31 Disember 2026.

Sesi penukaran perjanjian antara Mastercard dan Paradigm Mall Johor Bahru, dan Puan Maizatul Liza Mukhtar sebagai saksi.

Kerjasama ini memperkukuh kedudukan Paradigm Mall Johor Bahru sebagai pintu masuk peruncitan utama dalam ekosistem pelancongan Malaysia, khususnya bagi pelawat rentas sempadan dari Singapura dan pelancong serantau. Sepanjang tahun 2026, pemegang kad Mastercard bakal menikmati pelbagai program ganjaran dan pengalaman eksklusif yang direka bagi meningkatkan kemudahan serta nilai perbelanjaan.

Antaranya, termasuk kempen Hadiah dengan Pembelian (Gift-with-Purchase) sempena Raya, keistimewaan eksklusif pemegang kad serta jualan Voucher Bonanza yang dinanti-nantikan, di mana pemegang kad Mastercard menikmati diskaun segera 20% apabila membeli baucar beli-belah WCT Buddy. Baucar tersebut boleh ditebus di lebih 200 peruncit yang mengambil bahagian di Paradigm Mall Johor Bahru merangkumi fesyen, makanan dan minuman, gaya hidup serta keperluan harian.

YBrs. Encik Dheeraj Naina, Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Kawasan Asia Tenggara, Mastercard, berkata:

“Beli-belah secara konsisten dikategorikan sebagai perbelanjaan utama di antara kategori-kategori perbelanjaan bagi pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia. Ianya melebihi 35% daripada jumlah perbelanjaan keselurihan pelancong, khususnya dalam kalangan pelancong jarak dekat dan rentas sempadan. Memandangkan sektor peruncitan terus menyumbang secara signifikan kepada penerimaan pelancongan masuk, kaedah pembayaran yang dipilih pengguna menjadi semakin penting.

Melalui kerjasama dengan Paradigm REIT Malls, Mastercard menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan mempertingkat pengalaman peruncitan bagi pelancong Singapura dan pelawat antarabangsa lain — melalui pembayaran digital yang pantas, selamat dan lancar, di samping keistimewaan pemegang kad yang menarik. Bersama-sama, kami menyasarkan peningkatan keyakinan pembeli, perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi serta impak pelancongan yang lebih kukuh sepanjang 2026.”

Pengalaman Perayaan Bersepadu Bersama Suria FM dan AirAsia Buds

Memperluas kempen melangkaui dekorasi dan promosi, Paradigm REIT Malls turut bekerjasama dengan Suria FM, stesen radio pilihan rakyat Malaysia, bagi mendekatkan sambutan Raya kepada keluarga menerusi program penebusan resit pembelian (POS receipt redemption), aktiviti di lapangan serta siaran khas perayaan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, penyampai dan artis Suria FM akan mengadakan sesi ramah mesra eksklusif di Paradigm Malls, mewujudkan interaksi secara langsung dan memperkukuh hubungan mesra bersama pengunjung sepanjang musim Raya.

Pengalaman perayaan ini turut diperkasa dengan sokongan AirAsia Buds, platform ganjaran gaya hidup AirAsia. Watak AirAsia Buds — Tappy, Bam, Ogu dan Biggie — akan diketengahkan dalam dekorasi Raya, manakala maskot AirAsia Buds akan membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh perayaan, menambah elemen ceria dan mesra keluarga serta memberikan ganjaran gaya hidup tambahan kepada para pengunjung.

Lebih Daripada Sekadar Kempen Raya

“Ceria Raya Mesra Bumi” menegaskan peranan evolusi Paradigm REIT Malls yang melangkaui fungsi peruncitan — sebagai penghubung komuniti, pendukung kelestarian dan pencerita budaya. Dengan menggabungkan tanggungjawab alam sekitar, penyelarasan pelancongan, kerjasama strategik dan keceriaan perayaan, kempen ini memperlihatkan bagaimana pusat beli-belah moden mampu mencipta pengalaman yang memberi impak berkekalan.

Kempen Raya ini akan berlangsung sepanjang musim perayaan di Paradigm Mall Petaling Jaya dan Paradigm Mall Johor Bahru pada tahun 2026.

Untuk pertanyaan media, temu bual atau permintaan liputan khas, sila hubungi Encik Sean Aw di talian 016-6803 400 atau emel di alamat sean.aw@wctmalls.wct.my.