Suria7

ARTIKEL

Memelihara Inovasi – Kemenangan Mahkamah Siti Khadijah Dalam Memelihara Harta Intelek

Di Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur hari ini, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah), selaku Defendan dalam kes ini, berjaya menolak dakwaan yang dikemukakan oleh Airaz Technologies Sdn. Bhd. (Innersejuk).

Hakim Mahkamah Tinggi Harta Intelek telah memutuskan untuk menolak tuntutan plaintif bagi membatalkan paten Telekung Harmoni Siti Khadijah yang telah ditiru dan dilanggar oleh plaintif. Keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Siti Khadijah menegaskan kepentingan memelihara harta intelek dan melindungi reka bentuk industri yang dihasilkan secara teliti dan inovatif.

Pembuatan telekung jenama Siti Khadijah hanya berpangkalan di Malaysia yang terletak di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan. Untuk memelihara harta intelek jenama Siti Khadijah, reka bentuk industri telekung di bawah jenama Siti Khadijah telah didaftarkan dengan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman bersama rakan pengasas,Mohammad Muzammil Aminuddin.

Oleh yang demikian, Siti Khadijah amat memandang serius berkenaan isu perlindungan harta intelek dan reka bentuk industri. Siti Khadijah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap kes-kes pelanggaran hak cipta seperti ini.

Untuk kes ini, Siti Khadijah diwakili oleh Hafiz Zubir dan Iman Danial Hakim dari Hafiz Zubir & Co. (HZAC), manakala pihak syarikat Siti Khadijah diwakili oleh pengasas, Hajah Padzilah Enda Sulaiman, dan rakan pengasas Mohammad Muzammil Aminuddin.

0%