Suria7

ARTIKEL

Lebih 1,000 Warga Kepala Batas Banjiri Program Ybae Suria Masuk Kampung!

Lokasi pertama ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ mendapat sambutan meriah daripada warga kepala batas, Pulau Pinang pada Sabtu (16 Mac) lalu dan turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, selaku ADUN Bertam dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, beliau sangat gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada pendengar setia Suria FM di utara terhadap program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang berlangsung pada sabtu lalu.

“Syukur program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ di lokasi pertama ini mendapat sambutan baik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sesi merewang seawal 9 pagi bersama penduduk di Masjid Al-Jamiul Badawi, juga agihan 800 bekas bubur kanji kepada pengunjung bazar Ramadan Kepala Batas diikuti aktiviti  berbuka puasa dengan hidangan di dalam talam bersama lebih 1000 orang jemaah, dan solat terawih bersama-sama. Majlis turut disempurnakan dengan sesi serahan sumbangan wang tunai sebanyak RM 11,500 kepada pihak Masjid Al-Jamiul Badawi termasuk pemberian duit raya kepada semua jemaah yang hadir.

“Buat pendengar Suria FM di Selatan, nantikan kedatangan penyampai, Dato Fizz Fairuz, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin di lokasi kedua program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang bakal diadakan sabtu ini (23 Mac) di Masjid Sungai Abong, Muar Johor,” ujarnya.

Juga jangan lupa temui Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall bertempat di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada sabtu (23 Mac) ini! Pelbagai aktiviti menarik seperti agihan bubur lambuk, merewang dan banyak lagi menanti anda disana!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia / Facebook: @SuriaMalaysia / TikTok: @suriamalaysia / Youtube: SuriaTV / X: @suria_malaysia

0%