ARTIKEL

Kinohimitsu Memperkenalkan Haéria Pro, Melengkapkan Keunggulan Collagen Diamond Pro
Dari Kiri : Puan Jennifer Chin (Ketua Pegawai Operasi), Cik Irma Hasmie (Artis dan selebriti), Cik Kimmy Low (Artis dan selebriti Hong Kong), Cik  Ali Lee (Artis dan selebriti Hong Kong), Encik Chong KaWee (Ketua Pegawai Eksekutif Kinohimitsu), Cik Caryn Loh, (Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Health & Beauty Asia, AS Watson), Encik Lai Lok-yi (Artis dan selebriti Hong Kong) dan Encik Marcus Chong (Pengarah Urusan Kino Biotech Malaysia)

 

Kuala Lumpur, Malaysia – Sejak zaman nomad hingga ke era digital hari ini, rambut bukan sekadar ciri fizikal; ia adalah simbol identiti. Rambut juga mencerminkan kesihatan, keyakinan diri dan kadangkala, status seseorang. Rambut yang kuat dan berseri melambangkan kesejahteraan dalaman seseorang.

Dengan memahami kepentingan ini, Kinohimitsu, peneraju dalam produk kesihatan dan kecantikan dari dalam, dengan bangganya membuka lembaran baharu melalui pelancaran Kinohimitsu Haéria Pro, inovasi untuk penjagaan rambut dari akar hingga ke hujung, menjadikan rambut lebih kuat, sihat dan tahan lasak.

Majlis pelancaran yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur turut meraikan legasi Kinohimitsu Collagen Diamond Pro. Kedua-dua formulasi ini menzahirkan komitmen utuh Kinohimitsu dalam memupuk transformasi diri melalui kecantikan dari dalam sama ada melalui kulit yang berseri atau rambut yang sihat dan menawan.

Kinohimitsu Haéria Pro – Kuasa Ketahanan Rambut

Haéria Pro dirumus dengan gabungan bahan semula jadi seperti ekstrak Labu & Bijan, serta nutrien penting seperti Zink dan Biotin. Memahami bahawa kesihatan rambut yang sebenar bermula dari asas tersembunyi, minuman berperisa limau gedang ini menyuburkan kulit kepala, menguatkan akar rambut dan melindungi rambut daripada kerosakan akibat tekanan harian.

  • Ekstrak Labu: Kaya dengan fitosterol dan asid lemak penting, ekstrak labu membantu melembapkan dan menyuburkan kulit kepala untuk  menyokong pertumbuhan rambut yang sihat. Kajian menunjukkan ia juga mampu menghalang enzim yang berkait rapat dengan keguguran rambut.

 

  • Ekstrak Bijan: Mengandungi lignan, antioksidan dan asid lemak, ekstrak bijanmem bantu menguatkan folikel rambut dari akar dan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala —          penting untuk penghantaran nutrien bagi menyokong pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.

 

  • Zink: Mineral penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu rambut. Ia membantu menguatkan daya tahan rambut dengan menyokong sintesis protein dan mengekalkan struktur rambut yang kuat. Kekurangan zink sering dikaitkan dengan penipisan rambut.

 

  • Biotin: Juga dikenali sebagai “vitamin rambut”, Biotin (Vitamin B7) penting untuk penghasilan keratin – protein utama yang membentuk rambut. Pengambilan Biotin yang mencukupi membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mencegah rambut rapuh.

Sesuai untuk gaya hidup moden, Haéria Pro didatangkan dalam bentuk sachet mesra perjalanan, rendah kalori dan mudah diamalkan setiap hari.

Pelancaran Gemilang di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur

Majlis bermula dengan ucapan penuh semangat daripada pengacara, diikuti pertunjukan peragaan manawan oleh finalis Mrs. Universe Malaysia yang mempersembahkan keanggunan dan keyakinan. Program diteruskan dengan penampilan artis-artis terkenal Cik Ali Lee, Encik Lai Lok Yi, Cik Kimmy Low, Cik Irma Hasmie, bersama wakil pengurusan Kinohimitsu termasuk Encik Chong Ka Wee, Encik Marcus Chong, Puan Jennifer Chin, serta Cik Caryn Loh dari Watsons Malaysia.

Ucapan perasmian disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kinohimitsu, Encik Chong Ka Wee:

“Malam ini kita bukan sekadar melancarkan produk, tetapi meraikan falsafah yang dipegang teguh Kinohimitsu selama 27 tahun–kecantikan dan kesihatan sebenar bermula dari dalam diri. Dengan Haéria Pro, ia membangkitkan keyakinan diri dengan mengatasi masalah rambut yang jarang dibincangkan. Collagen Diamond Pro pula membantu mencantikkan kulit dari dalam. Gabungan kedua-dua produk menyokong kesihatan secara holistik.”

Beliau turut menyentuh mengenai inisiatif komuniti seperti kempen derma rambut oleh Chrystina, “Kami percaya kecantikan sejati paling bersinar apabila dikongsi bersama. Kami amat menghargai kepercayaan daripada para pengguna dan rakan kongsi seperti Watsons, dan kami berharap dapat terus berkongsi perjalanan kesihatan dan keyakinan ini bersama anda semua.”

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Health & Beauty Asia, AS Watson, Cik Caryn Loh turut berkata,

“Di Watsons, matlamat utama kami adalah membantu pelanggan kelihatan cantik, berbuat baik dan berasa yakin. Inilah yang mendorong kami untuk sentiasa menawarkan produk berkualiti tinggi dan memberi kesan positif dalam hidup mereka. Produk seperti Haéria Pro ini memenuhi keperluan pelanggan kami yang mahukan penyelesaian kesihatan dan kecantikan berasaskan sains, boleh dipercayai, dan berkualiti. Kami juga sangat berbangga untuk terus memperjuangkan Collagen Diamond Pro bersama Kinohimitsu. Kedua-dua produk ini melambangkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari kulit yang berseri ke rambut yang sihat. Kini, Haéria Pro dan Collagen Diamond Pro boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.”

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian produk bersama pakar dietetik Kinohimitsu, diikuti dengan sesi perkongsian rutin kecantikan daripada Cik Ali Lee, Encik Lai Lok Yi, Cik Kimmy Low dan Cik Irma Hasmie. Suasana semakin meriah dengan persembahan tarian Haéria Pro dan pelancaran Cabaran Tarian TikTok yang melibatkan para tetamu dengan penuh interaktif.

Antara detik yang menyentuh hati dalam majlis ini ialah perkongsian Chrystina Ng, penyampai radio 988 mengenai Kempen Derma Rambut, yang menekankan nilai kasih sayang dan memberi semula kepada komuniti, khususnya mereka yang mengalami keguguran rambut akibat masalah kesihatan.

Dalam dunia yang sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kesihatan dan kesejahteraan, Kinohimitsu tidak pernah berhenti mencabar sempadan. Dengan komitmen berterusan dalam menawarkan penyelesaian kesihatan menyeluruh, pelancaran ini membuktikan usaha tanpa henti Kinohimitsu untuk memelihara vitaliti dari akar umbi.

Mengenai Kinohimitsu

Kinohimitsu diiktiraf sebagai jenama minuman kecantikan berfungsi No.1 di Malaysia dan Singapura, yang mengkhusus dalam produk bio-nutraseutikal untuk kesihatan dan kecantikan. Kinohimitsu menawarkan rangkaian produk yang luas merangkumi detoks, kesihatan dan kecantikan, disokong oleh pelbagai pensijilan termasuk GMP, Halal, dan HACCP. Kinohimitsu terkenal dengan minuman kolagen yang memenangi pelbagai anugerah dan terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di Malaysia dan Singapura.