ARTIKEL

Kinohimitsu × Guardian Malaysia Memperkenalkan Kempen Men’s Power 360°

Dari Kiri: Ms Liew Pei Yee, General Manager of Kino Biotech Malaysia, Ms Michelle Chong, Category Manager of Guardian Malaysia, Ms Tiffany Choo, General Manager, Commercial of Guardian Malaysia, Dr Jennifer Chin, Chief Operating Officer of Kino Biotech Malaysia, Mr Jason Chong, Head of Sales of Kino Biotech Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2026 — Kinohimitsu dengan kerjasama Guardian Malaysia, telah memperkenalkan Men’s Power 360°, sebuah kempen kesihatan lelaki yang holistik untuk menggalakkan lelaki mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan proaktif terhadap kesejahteraan jangka panjang, keyakinan diri, dan prestasi harian.

Men’s Power 360° menangani kecenderungan lelaki masa kini yang sering memberi tumpuan kepada tenaga jangka pendek, tetapi mengabaikan aspek pemulihan, kesihatan luaran, dan keseimbangan gaya hidup. Kempen ini mentakrifkan semula kesihatan lelaki sebagai satu sistem lengkap yang menyokong tenaga, kesihatan kulit dan rambut, daya tahan fizikal, serta keyakinan diri merentasi pelbagai peringkat kehidupan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, satu acara pengalaman Men’s Power 360° yang imersif telah dianjurkan oleh Kinohimitsu di JPM Group of Companies Museo @ Kota Damansara pada 24 Januari 2026 lalu. Bertempat di koleksi automotif persendirian terbesar di Malaysia, acara ini menggabungkan pendidikan kesihatan dengan pengalaman gaya hidup, sekali gus mewujudkan suasana yang interaktif dan menarik untuk para tetamu.

Acara ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Jennifer Chin, Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia, yang berkata,

“Men’s Power 360° mencerminkan pendekatan Kinohimitsu terhadap kesihatan lelaki hari ini. Ia bukan sekadar mengenai tenaga atau prestasi, tetapi tentang membina tabiat harian yang konsisten untuk menyokong keyakinan diri, kesihatan yang kelihatan, dan daya tahan jangka panjang. Melalui kerjasama kami dengan Guardian, kami ingin menjadikan pendekatan holistik ini lebih mudah diakses dan relevan kepada lelaki moden.”

Ini diikuti dengan ucapan daripada Tiffany Choo, Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia, yang berkongsi “Guardian memainkan peranan penting dalam mendekatkan penyelesaian kesejahteraan kepada pengguna dalam kehidupan seharian mereka. Melalui kerjasama dengan Kinohimitsu untuk Men’s Power 360°, kami menyokong lelaki dengan produk yang dipercayai, pendidikan, serta solusi praktikal yang mudah disesuaikan dengan rutin harian.” Para tetamu juga disambut oleh TM Chin, Pengarah Urusan JPM Group of Companies, selaku tuan rumah acara.

Para peserta kemudiannya menikmati pengalaman acara yang menyeluruh, termasuk mocktail kesihatan, analisis warna peribadi, panduan gaya dan imej, cabaran simulasi pemanduan interaktif, serta lawatan automotif berpandu. Kesemua elemen ini mewujudkan persekitaran dinamik yang menghubungkan kesihatan, keyakinan diri, dan prestasi gaya hidup moden.

Sistem Holistik untuk Kesejahteraan Lelaki
Men’s Power 360° disokong oleh produk-produk utama daripada rangkaian lelaki Kinohimitsu, yang masing-masing menyasarkan aspek kesejahteraan lelaki yang berbeza:

Kinohimitsu Maca Men Pro — menyokong tenaga dan vitaliti harian
Kinohimitsu Collagen Men — menyokong kesihatan kulit, sendi, dan pemulihan badan
Kinohimitsu Haéria Pro — menyokong kekuatan rambut dan kesihatan kulit kepala, sekali gus meningkatkan keyakinan dan imej diri

Secara keseluruhan, produk-produk ini mencerminkan pendekatan “inside-out” Kinohimitsu terhadap kesihatan lelaki, menjaga keperluan  dalaman sambil memperkukuhkan penampilan luaran yang melambangkan keyakinan diri.

Melalui Men’s Power 360°, Kinohimitsu dan Guardian Malaysia berhasrat untuk menjadikan topik kesihatan lelaki lebih menarik, relevan, dan berasaskan pengalaman, serta menggalakkan lelaki untuk mengambil peranan aktif dalam menjaga kesejahteraan diri kerana kuasa sebenar dibina dari setiap sudut.

Tentang Kinohimitsu
Kinohimitsu diiktiraf sebagai jenama minuman kecantikan fungsional No. 1 paling laris di Malaysia dan Singapura, dengan kepakaran dalam bio- nutraseutikal kesihatan dan kecantikan. Kinohimitsu menawarkan pelbagai produk yang memfokuskan kepada Detoks, Kesihatan, dan Kecantikan, serta disokong oleh pelbagai akreditasi termasuk GMP, Pensijilan Halal, dan HACCP. Kinohimitsu terkenal dengan minuman kolagen yang memenangi anugerah dan terlaris, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di rantau ini.

Untuk Maklumat Lanjut
Winnie Gan
+6016-293 6180
winniegan@trnetworks.biz