Kuala Lumpur, Malaysia – Bagi ramai rakyat Malaysia, rutin harian seperti menikmati secawan kopi segar atau mengambil suplemen kesihatan & kecantikan mungkin kelihatan sebagai kenikmatan kecil yang biasa. Namun, bagaimana jika rutin ini yang nampak biasa, sebenarnya mampu membawa perubahan besar dan menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan?
Bertitik tolak daripada renungan ini, Kinohimitsu, jenama nutraseutikal terkemuka dalam bidang Kesihatan dan Kecantikan, dan HWC COFFEE, rangkaian kopi khas farm-to-cup terkenal Malaysia, bergabung tenaga untuk mengubah pembelian harian kepada satu bentuk kebaikan luar biasa. Kerjasama berteraskan matlamat ini mensasarkan kutipan dana sebanyak RM44,000 untuk menyokong inisiatif “Cup of Hope” oleh Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia), yang akan memperkukuhkan lagi projek-projek kemanusiaan dan pembangunan mereka — termasuk penjagaan kesihatan asas, keselamatan makanan, peluang pendidikan penting serta jalan ke arah berdikari untuk komuniti terpinggir di seluruh negara.
Gabungan yang tidak dijangka ini menjadi bukti jelas kepada usaha sosial korporat yang tulen. Walaupun beroperasi dalam industri berbeza, kedua-dua pihak berkongsi komitmen terhadap masyarakat. Kinohimitsu, dengan falsafahnya yang menekankan kesejahteraan individu, secara semula jadi meluaskan misinya untuk memupuk kesihatan kolektif masyarakat. Sementara itu, HWC COFFEE, sebuah jenama yang sinonim dengan suasana komuniti yang hangat dan mesra, kini melangkah lebih jauh dengan menyokong secara nyata melalui penjualan pakej istimewa yang menggabungkan kopi khas mereka dengan produk kesihatan Kinohimitsu — sebahagian hasil jualan akan disalurkan terus ke inisiatif ini.
Pakej Kutipan Dana “Cup of Hope”
Komitmen kedua-dua organisasi diterjemahkan melalui inisiatif “Cup of Hope”, memberikan peluang kepada semua untuk menukar indulgence harian mereka menjadi satu bentuk amal. Bagi memudahkan, menjadikan lebih menarik serta bermakna, satu set bundle kutipan dana istimewa telah dikurasi pada harga hanya RM88, menggabungkan yang terbaik daripada Kinohimitsu dan HWC COFFEE.
Setiap bundle ini mengandungi:
●Kinohimitsu Bird’s Nest dengan Kurma, Habbatus Sauda & Madu (4 botol) – untuk penjagaan kesihatan anda.
●Baucar produk Kinohimitsu.
●IR Malaysia | HWC COFFEE Brew Bag Eksklusif (10 sachet) – dengan rekaan pembungkusan unik hasil karya keluarga dan pelajar penerima bantuan IR Malaysia, membawa nilai harapan dan bakat mereka kepada anda.
●Baucar produk HWC COFFEE.
●Pamplet IR Malaysia, yang menerangkan kerja-kerja penting yang anda sokong.
Pembelian bundle kutipan dana “Cup of Hope” boleh dilakukan melalui:
1. E-store Kinohimitsu: https://my.kinohimitsu.com/products/cup-of-hope-irm-hwc-kinohimitsu
○ Pesanan Korporat (Pindahan Bank / DuitNow QR): Untuk pesanan pukal atau terus, sila buat pembayaran ke akaun berikut dan hantarkan resit pembayaran bersama butiran penghantaran (nama, nombor telefon, alamat penghantaran) ke Khidmat Pelanggan Kinohimitsu di 012-306 0250.
○ Nama Bank: Affin Bank
○ Nama Akaun : KINO BIOTECH (M) SDN BHD
○ Nombor Akaun: 101740018837
Sebanyak 50% daripada hasil jualan akan disumbangkan terus untuk menyokong keluarga dan komuniti yang memerlukan. Kempen ini mensasarkan untuk menjual 1,000 set bundle edisi terhad, di mana setiap pembelian memberi sumbangan bermakna kepada program-program utama IR Malaysia: Special Case dan Cheer To School, yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui pendidikan, keperluan asas dan harapan baru untuk masa depan lebih cerah.

Majlis Pelancaran “Cup of Hope”
Majlis pelancaran rasmi kerjasama “Cup of Hope” berlangsung pada 3 Julai 2025, di HWC COFFEE Pavilion Bukit Jalil. Para jemputan menyaksikan Kinohimitsu dan HWC COFFEE merasmikan bundle kutipan dana ini, menandakan bermulanya komitmen selama sebulan untuk mencapai matlamat bersama.
“Di HWC COFFEE, kami percaya setiap cawan membawa hubungan — bukan sahaja antara manusia, tetapi juga dengan matlamat. Melalui kempen ‘Cup of Hope’, kami berbangga dapat menjadikan ritual harian satu bentuk pemberian yang bermakna. Bersama Kinohimitsu dan Islamic Relief Malaysia, kami berharap dapat mencetuskan gelombang belas kasihan, di mana setiap hirupan menyumbang ke arah masa depan lebih baik untuk mereka yang memerlukan,” ujar Puan Zenda Ng, CEO HWC COFFEE.
“Kemakmuran dan kesejahteraan sebenar tidak diukur melalui apa yang kita miliki, tetapi melalui kebaikan yang kita hulurkan dan integriti dalam setiap pertukaran,” tambah Puan Jeniffer Chin, COO Kino Biotech. “Melalui ‘Cup of Hope’, Kinohimitsu teruja untuk menterjemahkan semangat kami terhadap kesihatan menjadi sokongan nyata dengan bergabung tenaga bersama HWC COFFEE dan Islamic Relief Malaysia bagi menunjukkan bahawa tindakan harian kita boleh menyuburkan masa depan lebih cerah bagi komuniti memerlukan.”
Majlis yang diacarakan oleh emcee IR Malaysia, Suffian Amrin dan Imelda Harris, turut menampilkan segmen pengenalan objektif kempen serta tayangan video ringkas mengenai kerja-kerja penting IR Malaysia sepanjang tahun.
Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengerusi Islamic Relief Malaysia, kemudian menyampaikan ucapan inspirasi: “Di Islamic Relief Malaysia, kami percaya perubahan yang berkekalan bermula apabila misi kemanusiaan kami digabungkan dengan keprihatinan korporat. Cup of Hope Bundle, yang dilancarkan bersama rakan strategik kami HWC COFFEE dan Kinohimitsu, mencerminkan komitmen bersama kami untuk benar-benar mengubah kehidupan mereka yang terkesan. Dengan mengajak semua untuk turut serta, kami berharap dapat membawa harapan dan memulihkan maruah mereka yang berdepan kesukaran, membuktikan bahawa apabila nilai kemanusiaan dan tanggungjawab korporat bersatu, kita mampu mencipta impak bermakna untuk masyarakat.”
Acara diteruskan dengan sesi temu bual bersama keluarga dan pelajar penerima bantuan yang menyumbang hasil seni pada pembungkusan brew bag, sebelum mereka menerima cenderahati penghargaan. Majlis disempurnakan dengan sesi bergambar bersama wakil IR Malaysia, HWC COFFEE dan Kinohimitsu, diikuti jamuan ringan untuk para tetamu.
Inisiatif “Cup of Hope” jelas menunjukkan kuasa nilai bersama dan tindakan kolektif. Ia membawa mesej mendalam: pilihan harian kita yang paling biasa, apabila dilakukan dengan niat yang betul, mampu mencetuskan perubahan luar biasa. Harapan Kinohimitsu dan HWC COFFEE adalah agar inisiatif ini mengilhami lebih ramai untuk berbuat baik, menyemai masa depan di mana setiap tindakan kebaikan menjadi langkah nyata ke arah sebuah masyarakat lebih penyayang dan menyokong untuk semua.
Mengenai Kinohimitsu
Kinohimitsu diiktiraf sebagai jenama minuman kecantikan berfungsi No. 1 paling laris di Malaysia dan Singapura, yang mengkhusus dalam bio-nutraseutikal untuk kesihatan dan kecantikan. Kinohimitsu menawarkan rangkaian produk yang luas dengan fokus pada Detoks, Kesihatan, dan Kecantikan, semuanya disokong oleh pelbagai pengiktirafan termasuk GMP, Pensijilan Halal, dan HACCP. Kinohimitsu paling terkenal dengan minuman kolagen pemenang anugerah dan paling laris, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di rantau ini.
Mengenai HWC COFFEE
HWC COFFEE Malaysia telah memantapkan dirinya sebagai penyedia utama negara untuk biji kopi khas premium berkualiti tinggi dan dengan bangga memperkenalkan rangkaian kopi langganan pertama di Malaysia. Dipacu oleh etos “Happy With Coffee”, jenama ini menjiwai kegembiraan, semangat, dan keunggulan yang dibawa oleh secawan kopi luar biasa. Sebagai peneraju dalam dunia kopi khas di Malaysia, HWC COFFEE berdedikasi untuk mentakrifkan semula pengalaman kopi, dengan inspirasi daripada tanah subur yang menghasilkan biji kopi istimewa kami. Dengan komitmen tanpa henti terhadap kualiti dan inovasi, HWC COFFEE menetapkan standard baharu untuk para pencinta kopi di seluruh negara.
Mengenai Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia)
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) ialah sebuah NGO antarabangsa bebas yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian daripada keluarga global Islamic Relief Worldwide, dengan fokus untuk memperluaskan usaha kemanusiaan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Berperanan sebagai cabang pengumpulan dana serta pelaksana projek untuk inisiatif tempatan dan antarabangsa, IR Malaysia komited untuk meringankan kemiskinan dan penderitaan melalui penyelesaian yang berimpak dan mampan. Kerja-kerja IR Malaysia merangkumi sektor penting termasuk kecemasan, mata pencarian lestari, pendidikan, kesihatan, program bermusim serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH). Organisasi ini berusaha memperkasa komuniti terdedah, memelihara maruah manusia dan memupuk kemampuan berdikari, dengan inisiatif seperti kempen “Cup of Hope” yang mencerminkan komitmen mereka untuk melibatkan orang ramai dalam misi mereka yang mengubah kehidupan.





