ARTIKEL

Jom Meriahkan Lokasi Akhir Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Di Tropicana Gardens Mall!

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection menarik lebih 6,000 pengunjung di lokasi ketiga siri Jelajah Suria yang berlangsung di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang minggu lalu dengan berjaya meraih 150,000 jumlah tontonan di seluruh platform digital Suria.

Konsert yang bermula seawal jam 2.00 petang itu dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang. Antara barisan artis yang membuat persembahan seperti Ramlah Ram, Syamel, Ernie Zakri, Azan Scan, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Floor88, Xpose band, Syameer Azmi, Zulhadi, Amad Fadlin, Tallisya, Heedan Mohd dan Danial Kifli.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, “Sejujurnya, kami berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa yang diberikan oleh pengunjung di Pantai Timur khususnya di Kuantan ini dan lebih istimewa lagi turut menyaksikan kehadiran pendengar Suria FM yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur”

“Lebih terharu, apabila melihat pengunjung tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang duduk di barisan hadapan pentas, sekaligus ini menjadi pembakar semangat buat kami, seluruh warga kerja Suria FM yang ‘tidak ramai tapi kami ada’ untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik buat peminat pada lokasi akhir Jelajah Suria, sabtu ini”.

Pentas Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu ini, 4 Mac 2023 dengan membariskan lebih 10 artis popular tanah air seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Meer Nash, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial, Amir Hasan dan ramai lagi!

Pengunjung berpeluang untuk menangi tawaran utama sebuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM100 yang dijual di booth kedai Suria sepanjang konsert berlangsung.

Juga jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan memenangi wang tunai yang lumayan dengan menyertai cabutan bertuah serta sesi soal jawab bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia

Gunakan #JelajahSuriaAnggunCottonCollection #suriamalaysia #segalanyahiburan #jelajahsuria2023 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

0%