Dato’ Dr Nazri Khan, atau lebih dikenali sebagai DDNK, Pengurus Dana Bertauliah yang Berlesen Malaysia, telah mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 di pentas berprestif ‘World Cup Trading Championship’ dengan rekod pulangan sebanyak 302.5% suku pertama, 179.6% suku kedua dan 357.2% untuk suku ketiga.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga membawanya menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records dengan gelaran “Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024.”
“Saya membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan persaingan global yang sangat kompetitif, anak tempatan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dengan usaha gigih dan ketekunan dalam ilmu pelaburan saham.
“Pengiktirafan ini juga merupakan inspirasi bagi golongan pedagang dan pelabur di Malaysia mengenai kepentingan tentang ilmu pelaburan dan kewangan menerusi kelas-kelas saham yang dianjurkan.
DDNK juga akan berkongsi ilmu kepada rakyat Malaysia, apakah rahsia kejayaan beliau hingga menjadi Juara Trader Dunia 2024 selama tiga musim berturut-turut.
Peluang Belajar Saham Bersama DDNK
Program ini bukan sekadar kelas pelaburan. Ia adalah platform untuk mengubah rakyat Malaysia biasa menjadi trader bertaraf global. Dengan sokongan alat inovatif, integrasi AI, dan strategi yang diiktiraf dunia, Menang Saham 2.0 menjanjikan perubahan dalam cara rakyat Malaysia melihat dan terlibat dengan pelaburan dan trading.
“Menang Saham 2.0 bukan sekadar satu kemunculan semula, ia adalah gerakan untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia, daripada yang baru bermula hingga trader berpengalaman, untuk berjaya dalam pasaran global menggunakan teknik yang telah menjadikan saya juara dunia.
Inilah masanya untuk menjadikan trading mudah diakses oleh semua,” katanya.
Info lanjut tentang program, sila layari www.menangsaham.com atau hubungi Talian Hotline : 014-669 4164 / 014-669 8307 / 014-669 8327