PEMERGIAN abang tercinta akibat kanser paru-paru tahap tiga tidak mematahkan semangat anak kedua pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam, sebaliknya menjadi kekuatan buatnya untuk terus melawan kanser tulang yang dihidapi.
Adrian atau nama sebenarnya Adrian Adam Khairil Idzhar, 18, berkata dia akan membawa semangat Allahyarham Andre Mikhail,20, dalam perjuangannya menentang penyakit tersebut.
"Ya, (bawa semangat arwah), Insya-Allah," katanya kepada mStar.

Adrian disahkan menghidap kanser tulang.






