30 Apr 2026
Raikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersama Toyota & Suria FM menerusi lagu raya terbaru “Gurindam Aidilfitri”! 🌙✨
Lagu raya istimewa ini menampilkan barisan penyampai Suria FM seperti Fad, Ajak, Elly, Chiwan, Kai, Irsyad, Cik Piah dan DJ Lin dalam sebuah muzik video yang penuh warna-warni, kemesraan dan semangat Aidilfitri.
“Gurindam Aidilfitri” membawa suasana raya yang kita semua rindukan — dari memohon ampun, kunjung-mengunjung, berkongsi juadah raya, hingga merakam kenangan indah bersama keluarga. Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga masa untuk membuka lembaran baharu, memaafkan kesilapan lalu dan mengeratkan kembali silaturrahim.
Muzik video ini turut dibawakan dengan kerjasama Toyota, meraikan setiap perjalanan pulang ke kampung halaman dengan penuh makna, selamat dan selesa bersama insan tersayang. 🚗
✨ Nyanyi bersama, kongsi kegembiraan dan raikan Syawal dengan penuh kemaafan.
Menangi wang tunai terkumpul sebanyak RM3 ribu ringgit dalam Gurindam Aidilfitri Dance Challenge! Layari media sosial @suriamalaysia untuk maklumat lanjut.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Suria FM!
🎧 Jangan lupa:
👍 Like
💬 Comment ucapan raya anda
🔔 Subscribe untuk lebih banyak konten Suria FM
#SuriaMalaysia #GurindamAidilfitri #KurniaPenuhMakna #toyota
—
Lirik:
Bersama kita raikan Suria
Indah suasana di hari mulia
Hari gembira kita raikannya
Tawa dan riang di hari bahagia
Jiran tetangga juga sanak saudara
Kunjung mengunjung eratkan segalanya
Ikatan keruh dijernihkan semula
Tanda kemaafan kita bersama
Sambut genggaman tanganku
Ampun restu ayah dan ibu
Yang lepas berlalu
Bukakan yang baru
Simpulkan ikatan bahagia selalu
Selamat hari raya
Mari raikannya bersama
Lembaran baru dibuka semula
Gurindam aidilfitri yang mulia
Selamat hari raya
Hari gembira untuk semua
Perjalanan indah penuh bermakna
Gurindam aidilfitri yang mulia
Jemput abang kakak
Pak cik mak cik
Jemput jamu kuih besar kecik
Abang cermat bawa bonda ronda
Pakai borong beli baju raya
Janji semalam tak tidur lagi
Bagi semua memasak sampai ke pagi
Dah dah cukup dengar story
Jom lah kita semua ber selfie
Bangkit lagi hari istimewa
Mentari pagi mula menyinari
Syukur ke Illahi disujud ke bumi
Menamatkan dengan doa atas rumi
Pulang pandu dengan penuh aman
Dan berulang lihat senyuman
kedua orang tua
Ingin buang yang duka
Mohon maaf atas bicara
Sambut genggaman tanganku
Ampun restu ayah dan ibu
Yang lepas berlalu
Bukakan yang baru
Simpulkan ikatan bahagia selalu
Selamat hari raya
Mari raikannya bersama
Lembaran baru dibuka semula
Gurindam aidilfitri yang mulia
Selamat hari raya
Hari gembira untuk semua
Perjalanan indah penuh bermakna
Gurindam aidilfitri yang mulia
Selamat hari raya
Selamat raya semua
Selamat raya semua
Selamat raya semua
72 tontonan | 30 Apr 2026
54 tontonan | 30 Apr 2026
94 tontonan | 30 Apr 2026