27 Mac 2025
Hayati – Sebuah Perjalanan Jiwa, sebuah kisah yang membangkitkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental, kasih sayang dalam keluarga, dan keberanian untuk memaafkan diri sendiri, semuanya dibingkai dalam semangat hari raya yang mengingatkan kita tentang perubahan, harapan dan masa depan.
Lagu ‘Pentas Sandiwara’, oleh FUGŌ, diangkat menjadi lagu rasmi bagi drama raya Suria tahun ni. Bait-bait lirik lagu ini adalah mengenai perjalanan diri dalam menghadapi sebuah kehidupan yang sentiasa menghadapi pasang surut. Kita adalah pelakonnya, di sebuah pentas sandiwara.
FUGŌ, kumpulan muzik indie pop-rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober 2019, dikenali kerana menggabungkan landskap bunyi vintaj dan moden, dengan pengaruh dari pop tahun 70-an/80-an, funk, rock moden, dan new wave.
Penaja Eksklusif: Yaya Empire Perfume
//
ARTIS: FUGO
KOMPOSER: HAKIM KAMAL & KAYROL AMI
EDARAN: BELIEVE MUSIC
HAKCIPTA: FUGO EMPIRE
PENGARAH MV: SHAHIMI ISMAIL
//
Lirik ‘Pentas Sandiwara’:
Hari ini
Tak seperti selalu
Teruskanlah menikmati sisa hidup mu
Hari esok
Tak siapa yang tahu
Kemanakah haluan tujuan hidup mu
Dan seruan yang memanggil
Namamu untuk hadir di persada
Lalu keringkanlah air matamu
Peluklah
Erat kasih sayangmu
It’s time to breathe
Pegangkan naluri hati mu
Go and hug your lover
Don’t forget to call your mother
Oh Sanubari
Hari hari yang lalu
Tak akan lagi menghantui dirimu
Nyatakan suara merdu memuji
Saksikanlah terang mentari hati
Hargai senyuman yang menerangi
Dirimu
Di akhir waktu
It’s the world of dream
Pegangkan naluri hati mu
Go and hug your lover
Don’t forget to call your mother
And it’s time to breathe
Nyatakan janji mu
And tell your daughter
That you love her
Sedia
Merindui
Kini kau berada
Di pentas sandiwara dunia
It’s the world of dream
Pegangkan naluri hati mu
Go and hug your lover
Don’t forget to call your mother
And it’s time to breathe
Nyatakan janji mu
And tell your daughter
That you love her
Sedia
Merindui
Kini kau berada
Di pentas sandiwara
Kini kau berada
Di pentas sandiwara dunia
9 tontonan | 2 Apr 2025
10 tontonan | 2 Apr 2025
7 tontonan | 2 Apr 2025
Notifications