Demi Konsert, Poket Koyak | Wallet Rakyat EP:2

Konsert semakin meriah, tiket semakin mahal, tetapi peminat tetap sanggup berbelanja.

Ramai sanggup berbelanja besar demi konsert artis kegemaran, tetapi di sebalik pentas yang meriah, ada kos produksi, logistik, penajaan dan pelbagai cabaran yang menentukan sama ada sesebuah konsert boleh dijayakan di Malaysia.

Dalam episod Wallet Rakyat kali ini, kami bincangkan realiti budaya konsert daripada sudut peminat dan penganjur — bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah industri yang melibatkan risiko dan duit yang besar.

Adakah konsert sekadar hiburan, atau sebenarnya sebuah industri bernilai jutaan ringgit yang menggerakkan ekonomi?

Saksikan perbincangan penuh dalam Wallet Rakyat.

Wallet Rakyat
Kami Bincang, Kami Faham
#suriamuzikdanjiwa #suriamalaysia