Background

Suria Petang

Jadikan kesesakan petang anda lebih lancar dengan mendengar Suria Petang bersama Chiwan & Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, 3.00 petang hingga 7.00 malam!

Waktu Rancangan
3.00 petang – 4.00 petang
Test Line :
Cerita / Kisah gosip yang diambil daripada blog / akhbar online / media sosial
4.00 petang – 5.00 petang
Test Power :
Kai dan Chiwan akan pilih satu lagu di awal jam, pendengar akan buat pilihan lagu siapa yang akan dimainkan di hujung jam.
Ada Brainy? :
Pendengar perlu menjawab 10 soalan mudah dalam masa 60 saat.
5.00 petang – 6.00 petang
Kutu Karoks :
2 pendengar akan berkaraoke. Undian whatsapp tertinggi akan dikira sebagai pemenang pada hari tersebut.
6.00 petang – 7.00 malam
Gebang Petang :
Topik / Sembang santai masyarakat berbentuk provokasi.

Profil Penyampai

Chiwan

Muhammad Azwan Sabri atau lebih dikenali sebagai Chiwan merupakan seorang pelakon dan pelawak di Malaysia. Antara pencapaian terhebat Chiwan ialah menjadi Juara dalam program Mic On Selebriti (2023), Gelak 90 Saat (2023) dan Bintang Bersama Bintang (2015).

Selain itu, Chiwan juga amat gemar menyanyi di masa lapang dan juga berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar. Paling menarik, Chiwan juga meminati bidang sukan seperti larian, badminton, bowling, bola sepak dan pingpong.

Program Realiti yang Pernah terlibat :-

Raja lawak 5 (Astro) – 2011
Bintang Mencari Bintang (TV3) – 2014
Bintang Bersama Bintang (TV3) – 2015, 2019
Maharaja Lawak Mega (Astro) – 2016, 2018, 2019, 2021
Masked Singer (Astro) – 2020
Muzikal Lawak Superstar (Astro) – 2019, 2020, 2022
Mic On Selebriti (AwesomeTv) – 2023
Gelak 90 Saat (Astro) – 2023

Terlibat Sebagai Pengacara :-

Galaksi (TV9) – 2015
Moreh (Tv3) – 2016, 2017
Lekat ke idok (TV3) – 2019
Raja Lawak Awesome (AwesomeTv) – 2022
Resepi Most Wanted (AwesomeTv) – 2022

Terlibat dalam Lakonan :-

Kenduri Merdeka (Tv3) – 2019
Bukan Kawin Paksa (Tv3) – 2020
Bujang Haji (Tv AlHijrah) – 2021
Ayat-Ayat Halal (RTM TV2) – 2021
ROXY (Tv3) – 2021
Lelaki untuk dicintai (RTM) – 2022
Reen Putus Cinta (AwesomeTv) – 2022
HaHaHa (AwesomeTv) – 2020, 2023

Suraya

Berpengalaman dalam industri radio sejak tahun 2006, Suraya Borhan terkenal dengan kepetahannya berbicara setiap kali mengendalikan segmen Suria Petang.

Amat meminati muzik, fesyen, mengembara dan filem, Suraya juga merupakan seorang ‘Voice Over Talent’ dan pengacara.

Minat Suraya adalah mengumpul kasut dan melancong.

Apa yang peminat tidak tahu mengenai Suraya adalah beliau seorang yang sensitif.

Tiga perkara yang menggambarkan SURAYA: Peramah, suka ketawa dan pendengar yang baik.

0%