Background

Chill Petang Suria

Jadikan kesesakan petang anda lebih lancar dengan mendengar Chill Petang Suria bersama Chiwan & Kai setiap Isnin hingga Jumaat, 3.00 petang hingga 7.00 malam!

Waktu Rancangan
3.00 petang – 4.00 petang
Test Line :
Cerita / Kisah gosip yang diambil daripada blog / akhbar online / media sosial
4.00 petang – 5.00 petang
Test Power :
Kai dan Chiwan akan pilih satu lagu di awal jam, pendengar akan buat pilihan lagu siapa yang akan dimainkan di hujung jam.
Ada Brainy? :
Pendengar perlu menjawab 10 soalan mudah dalam masa 60 saat.
5.00 petang – 6.00 petang
Kutu Karoks :
2 pendengar akan berkaraoke. Undian whatsapp tertinggi akan dikira sebagai pemenang pada hari tersebut.
6.00 petang – 7.00 malam
Gebang Petang :
Topik / Sembang santai masyarakat berbentuk provokasi.

Profil Penyampai

Chiwan

Muhammad Azwan Sabri atau lebih dikenali sebagai Chiwan merupakan seorang pelakon dan pelawak di Malaysia. Antara pencapaian terhebat Chiwan ialah menjadi Juara dalam program Mic On Selebriti (2023), Gelak 90 Saat (2023) dan Bintang Bersama Bintang (2015).

Selain itu, Chiwan juga amat gemar menyanyi di masa lapang dan juga berkebolehan bermain alat muzik seperti gitar. Paling menarik, Chiwan juga meminati bidang sukan seperti larian, badminton, bowling, bola sepak dan pingpong.

Program Realiti yang Pernah terlibat :-

Raja lawak 5 (Astro) – 2011
Bintang Mencari Bintang (TV3) – 2014
Bintang Bersama Bintang (TV3) – 2015, 2019
Maharaja Lawak Mega (Astro) – 2016, 2018, 2019, 2021
Masked Singer (Astro) – 2020
Muzikal Lawak Superstar (Astro) – 2019, 2020, 2022
Mic On Selebriti (AwesomeTv) – 2023
Gelak 90 Saat (Astro) – 2023

Terlibat Sebagai Pengacara :-

Galaksi (TV9) – 2015
Moreh (Tv3) – 2016, 2017
Lekat ke idok (TV3) – 2019
Raja Lawak Awesome (AwesomeTv) – 2022
Resepi Most Wanted (AwesomeTv) – 2022

Terlibat dalam Lakonan :-

Kenduri Merdeka (Tv3) – 2019
Bukan Kawin Paksa (Tv3) – 2020
Bujang Haji (Tv AlHijrah) – 2021
Ayat-Ayat Halal (RTM TV2) – 2021
ROXY (Tv3) – 2021
Lelaki untuk dicintai (RTM) – 2022
Reen Putus Cinta (AwesomeTv) – 2022
HaHaHa (AwesomeTv) – 2020, 2023

Kai Hassan

Kai Hassan atau nama penuhnya, Abdul Karim Hassan merupakan penyampai yang berasal daripada Pahang. Lahir pada tahun 1995, Kai merupakan seorang yang bersifat periang dan amat mudah didekati.