Viral

[VIDEO] Kantoi curi kabel TM, pemandu seret wayar ‘copper’ cuba lari di kampung Kota Belud

TINDAKAN seorang individu yang mencuri kabel pencawang Telekom Malaysia (TM) di Kota Belud, Sabah membawa padah apabila dia dikejar oleh beberapa penduduk kampung.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada awal pagi Rabu itu dirakamkan seorang pemandu yang cuba mengejar si pelaku dari arah belakang.

Menurut perkongsian di laman Facebook, beberapa pihak tampil memberikan bantuan untuk menangkap pencuri terbabit namun, pemandu kereta jenis Proton Iswara itu difahamkan berjaya meloloskan diri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.