BERMAIN di hadapan lebih 6,000 penyokong tidak langsung memberi kelebihan buat pasukan Perak FC apabila dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad.
Jangkaan skuad Seladang mampu mengulangi momentum seperti ketika menentang Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) meleset apabila The City Boys dengan mudah menundukkan pasukan kendalian Yusri Che Lah itu.
Dalam perlawanan tersebut, skuad Seladang gagal mencipta sebarang peluang malah dihukum dengan pasukan pelawat pada babak pertama dengan dua jaringan berjaya disumbat oleh Kipre Thcethce dan Sebastian Avanzini.






