BINTANG realiti dan sosialit terkenal Paris Hilton mendedahkan bakal membuat kemunculan di pusat beli belah Sogo di Kuala Lumpur pada 13 September ini.
Paris, 42, memaklumkan di laman X (Twitter) miliknya dia bakal berkunjung ke negara ini bagi melancarkan minyak wangi keluaran terbaharunya Ruby Rush.

Paris bakal melancarkan wangian terbaharunya Ruby Rush.
Tidak memperincikan acara tersebut, Paris dijangka akan bertemu peminat pada acara itu pada pukul 4 petang.





