SELEPAS kejayaan lagu Santai mengambil ilham karya seniman agung Allahyarham Tan Seri P Ramlee, penyanyi dan komposer Faizal Tahir sekali lagi muncul dengan lagu berunsur nasihat berjudul OK.
Menurut Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohamad Tahir, 44, penghasilan lagu OK bersama Ezra Kong ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan motivasi dalam jiwa pendengar.
Malah lagu ini juga menyampaikan mesej nasihat supaya pendengar tidak mudah putus asa dalam meneruskan perjuangan hidup.