PENGACARA dan usahawan Neelofa menafikan wajah bayi yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu adalah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, meminta orang ramai untuk tidak salah faham dengan menyangka sesi fotografi bersama bayi tersebut adalah anak keduanya itu.
“Ini bukan baby Abbas… Jangan salah faham guys,” tulisnya ringkas.
Neelofa masih belum mendedahkan wajah Abbas.