SELEPAS kejayaan lagu-lagu ciptaannya sendiri sebelum ini, penyanyi Siti Nordiana kini tampil dengan karya baharu berjudul Arah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya komposer Ikhwan Fatanna.
Kata Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 39, dia meletakkan kepercayaan penuh kepada Ikhwan untuk menghasilkan buah tangan terbaharu buat peminat ini.

Arah Cinta mendapat sentuhan penuh Ikhwan.
“Saya sebenarnya bekerjasama dengan komposer lain sebab memang tidak ada masa untuk buat lagu terbaru. Untuk buat lagu tak boleh buat dalam tempoh yang singkat untuk mendapatkan idea.






