IBU bapa mana yang tidak berasa bangga apabila menerima jemputan menghadiri majlis penyampaian anugerah di sekolah dan menyaksikan anak menaiki pentas.
Bukan sahaja ibu bapa, malah murid juga pastinya teruja membayangkan detik melangkah ke pentas untuk menerima penghargaan di hadapan guru serta rakan-rakan.
Namun, kegembiraan bertukar kekecewaan buat wanita ini apabila anaknya tidak dipanggil naik ke pentas meskipun sudah diberikan surat jemputan oleh pihak sekolah.

Setiap sekolah akan menganjurkan hari anugerah kecemerlangan setiap tahun sebagai penghargaan kepada pelajar. -Gambar hiasan AI



