PELAKON Emma Maembong menyimpan impian untuk menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) selepas hampir dua dekad menceburi bidang lakonan.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata dia juga berhasrat untuk meraih pengiktirafan menerusi anugerah berprestij itu yang dinilai oleh barisan juri profesional.
"Siapa pelakon yang tidak teringin menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM? Setahu saya, saya tidak pernah tercalon dalam FFM. Saya tidak tahu sekiranya pernah tercalon.







