Hiburan

Siti Khadijah puji kecekapan produksi Indonesia, berhasrat kembang kerjaya ke seberang

PELAKON Siti Khadijah Halim meluahkan rasa kagum terhadap kecekapan serta budaya kerja pantas produksi di Indonesia selepas berpeluang menjalani penggambaran telefilem My Toxic Boyfriend di Yogyakarta sebelum ini.

Siti, 29, berkata, disiplin barisan pelakon dan kru di negara seberang yang mampu menyelesaikan sesuatu babak hanya dalam satu rakaman membuatkan sesebuah naskhah dapat disiapkan dalam tempoh jauh lebih singkat.

Jelas Siti, kepantasan tenaga kerja produksi di Indonesia sangat mengagumkan apabila sebuah telefilem mampu disiapkan dalam masa empat hingga lima hari sahaja berbanding kebiasaan satu hingga dua minggu di Malaysia.

Siti Khadijah seronok terlibat dalam penggambaran telefilem di bawah produksi Indonesia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh