SELEPAS dua tahun berjuang, penyanyi Anis Suraya akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Majlis Istiadat Konvokesyen ke-28 pada Rabu.
Lebih membanggakan, Anis atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, 46, berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00.
Berkongsi mengenai kejayaan itu, Anis berkata pencapaian tersebut didedikasikan khas buat arwah bapanya yang menjadi individu pertama mengenal pasti bakatnya dalam bidang seni sejak kecil.

Selain Anis, Tomok (kanan) dan pelakon Zulkifli turut tamatkan pengajian.







