PELAKON Nadiya Nissa tidak dapat menyembunyikan kegembiraan melihat kejayaan adiknya, Aida Amron yang berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, Sabtu lalu.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, berkata tidak ramai mengetahui hubungan kekeluargaan mereka, namun dia cukup mengagumi semangat juang adiknya yang tidak pernah berputus asa mengejar impian meskipun tidak mendapat restu keluarga.
"Siapa sangka kala keluarga berkata tidak, dia memilih untuk diam dan tidak menyerah.

Aida bersama Nadiya (kiri) ibu serta kakaknya.






