USAHA membendung kegiatan rasuah dalam industri hiburan terus dipertingkat apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berganding bahu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan Program Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2026: Industri Kreatif yang bakal berlangsung pada 29 November ini.
Program yang turut menerima kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan membanteras rasuah dalam kalangan warga industri kreatif menerusi pendekatan lebih santai dan mesra.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kerjasama berkenaan tercetus susulan hasrat SPRM untuk memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan memerangi rasuah sempena sambutan HARA 2026, khususnya dalam kalangan penggiat seni.

Zed percaya seniman memainkan peranan penting dalam sebarkan pengaruh pada orang ramai.






