PENYANYI Rich Gimbang tidak terfikir untuk kembali menyertai mana-mana program realiti hiburan selepas hampir 20 tahun bergelar anak seni.
Rich atau Richael L Gimbang, 44, berkata dia sudah berbincang dengan anggota kumpulannya, Estranged dan mereka sepakat untuk tidak lagi menyertai sebarang program realiti pada masa akan datang.
Kata Rich, penyertaan dalam program sedemikian dilihat boleh mencalarkan imejnya sebagai artis yang sudah lama bertapak dalam industri muzik.







