MERUJUK kepada artikel bertajuk “Jangan sesekali jadi pengkhianat auntie” – Puteri Balqis dedah sikap sebenar Sarimah Ibrahim yang disiarkan di portal mStar pada 19 November 2026 berdasarkan hantaran awam Puteri Balqis di platform Threads.
Pihak mStar mengambil maklum bahawa tajuk serta penyampaian artikel tersebut telah menimbulkan tanggapan yang salah dan tidak adil terhadap Che Puan Sarimah Ibrahim, seolah-olah beliau telah memerli, memperlekeh atau mempermainkan kesulitan pihak lain, dan seolah-olah beliau merupakan pencetus kontroversi berkenaan. Pihak mStar mengambil maklum bahawa tanggapan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.
Untuk makluman, Che Puan Sarimah telah sekian lama komited sebagai seorang pejuang (advokat) kesihatan mental dan sentiasa prihatin terhadap isu kesejahteraan emosi. Setiap kenyataan beliau hanyalah bertujuan memberikan nasihat dan sokongan moral sebagai seorang anak seni senior.




